//Nama Blog
Sesaja..
Tuesday, 13 December 2011 | 16:08 | 2comments
KARANGAN LENGKAP

Laporan Persatuan Puteri Islam Sekolah Kebangsaan Tanjung Piandang

Penaung  : Encik Muhammad Nasruddin Bin Nasir
Guru Penasihat : Puan Salwa Binti Kadri
Ketua  : Norma Afzan Bin Mohamed
Penolong  : Noorull Hidayu Binti Mohd Yusof
Setiausaha  : Nor Haslin binti Mohd Zin
Bendahari  : Nurasikin Binti Arif
Ahli jawatankuasa : Rosmawaty Binti Wahid
   Norimah Binti Sulaiman
   Jawahir binti Ghafar
   Persatuan Puteri Islam Sekolah Kebangsaan Tanjung Piandang telah mengadakan mesyuarat yang pertama pada 14 Januari 2005. mesyuarat tersebut bertujuan untuk memilih ahli jawatankuasa yang baru bagi menggantikan ahli jawatankuasa yang lalu.
   Sepanjang tahun 2005 pelbagai aktiviti telah dijalankan. Antaranya ialah seperti perbarisan mingguan dan kawad kaki bagi menguji ketahanan mental dan fizikal ahli Puteri Islam.
   Semasya temasya sukan tahunan sekolah yang diadakan pada 07 April 2005, ahli Puteri Islam turut menyumbang bakti. Mereka memberikan bantuan kepada peserta yang pengsan. Mereka juga membantu pegawai sukan membawa makanan dan minuman.
   Persatuan Puteri Islam juga telah mengadakan perkhemahan pada bulan Jun yang dijalankan di kawasan sekolah. Perkhemahan ini bertujuan untuk melatih diri supaya dapat berdikari dan membina ketahanan diri yang tinggi di samping menimba pelbagai pengalaman berguna.
   Pada bulan September pula, ahli Puteri Islam telah bergotong - royong membersihkan kawasan sekolah yang dianjurkan oleh Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG). Acara terakhir pada tahun ini ialah jamuan perpisahan bagi mengenang jasa semua ahli Puteri Islam yang telah bekerjasama menjayakan aktiviti sepanjang tahun 2005.
   Akhir sekali saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru pembimbing, Puan Salwa Binti Kadri yang telah banyak membantu dan membimbing ahli persatuan ini agar berdisiplin dan berjaya. Saya juga berharap agar ahli Puteri Islam sekolah ini akan lebih berjaya pada masa akan datang.
Laporan disediakan oleh,
Haslin
(Nor Haslin Bin Mohd Zin)
Setiausaha Persatuan Puteri Islam
Sekolah Kebangsaan Tanjung Piandang


Sumber:Tutor.com.my

Past Tense | Present Tense